Tuesday, 7 February 2012

SERUMPUN SERAI TUA

Semalam saya mengerjakan serumpun serai tua di belakang rumah. Dulu memang banyak serai yang ditanam di belakang rumah. Sudah 2 atau 3 kali serai dan ubi kami hantar ke kedai wancik di Sikamat. Sebab wancik berniaga sarapan. Penanam serai itu adalah insan yang banyak berbakti kepada saya. Dia ialah uwan (ibu kepada emak saya).
Sejak saya dilahirkan sehingga 5 tahun saya dibesarkan oleh uwan.Kehidupan emak dulu agak susah. Maklumlah uwan orang merantau, menjadi ibu tunggal semasa emak berusia 3 tahun lagi. Jadi adik beradik kami diagihkan kepada uwan dan uwan dilir (uwan sebelah abah) untuk dibesarkan.
Setelah saya berkahwin, uwan jugalah yang tinggal sementara dengan saya membantu menjaga anak-anak saya (kakak Dafinah 1 thn lebih, bangah Mirza 4 bulan) sementara menunggu bibik sampai. Hampir 5-6 bulan juga. Pernah sekali uwan tejatuh kerana nak sambut bangah Mirza yang debab. Selama itu juga uwan berkebun di belakang rumah. Macam-macam uwan tanam...mangga, kelapa, pokok ubi, sayur kailan, sayur sawi putih, sayur kangkung, bendi.....boleh dikatakan setiap minggu 2 kali saya akan bawa sayur-sayur uwan ke sekolah (SMJK Chan Wa) untuk dijual.Memang licin...seminggu lebih kurang RM60 uwan dapat.
Tapi sekarang kebun sayur dah tak ada lagi yang tinggal hanya pokok-pokok besar...dan serumpun serai tua.Uwan tinggal sendirian di kampung.Kadang-kadang maksu Nani (adik saya) akan bawa uwan temankan dia di Lavender Hight. Setiap pagi maksu Nani on the way ke sekolah maksu Nani akan hantar uwan balik ke kampung (maksu Nani tinggal di Senawang dang mengajar di SK Pusat Juaaseh).
Kini hanya tinggal uwan sahaja (opah,atuk,nenek dan atuk sebelah shazly hubby ...uwan&atuk sebelah abah sudah meninggal dunia).


Terima kasih yang infiniti kepada uwan kerana melahirkan dan membesarkan emak dan achek yang sentiasa sabar dan cekal dalam kehidupannya....
Terima kasih yang tidak ternilai kepada uwan kerana menjaga saya dan adik beradik yang lain sehingga saya kenal erti kehidupan...
Terima kasih yang tidak terzahir kepada uwan kerana membantu menjaga anak-anak saya dan sedia menolong kami tanpa mengenal usia yang semakin senja...

Terima kasih UWAN...

Maassalamah......

No comments:

Post a Comment