Jadi...inilah skrip radio saya semalam...
RADIO SEKOLAH SMK KOMPLEK KLIA
Panitia
Sains.
Rabu
01.02.2012
(8 Rabiul Awal 1433H)
Penyampai:
1)
Pn Siti Nurbaya
Binti Abdul Malek
Assalamualaikum
Selamat
pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua warga SMK Kompleks
KLIA. Di pagi Rabu ini, tibalah giliran saya Pn Siti Nurbaya Binti Abdul Malek
dari Panitia Sains untuk mengisi pagi anda. Insyallah pada hari Ahad ini 5 Feb
2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H merupakan sambutan mauldirul rasul. Justeru
ingin saya berkongsi sebuah buku yang saya baca bertajuk Mengapa RAsullulah Tidak Pernah Sakit, hasil tulisan Dr Adi Hashman
di bawah tajuk Tidur dan Istirahat
Rasulullah. Marilah kita mulakan pagi kita ini dengan selawat ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Muzik …..
Rasullulah
adalah manusia Agung. Bagainda bagaikan permata yang berkilauan dari sisi mana
pun kita memandangnya. Kecemerlangan peribadi Baginda adalah telaga abadi yang
tidak pernah habis ditimba. Hidup tanpa teladan dan contoh ikutan, adalah hidup
yang mengundang kegagalan.
Muzik ……
Rasulullah
lahir pada 570 Masihi, di sebuah tempat yang jauh daripada pusat-pusat
peradaban dunia yang bertamadun tinggi dan jauh daripaa pusat politik dunia.
Semenanjung Arab pada ketika itu adalah tempat yang paling terkebelakang di
dunia, jauh daripada seni danilmu pengetahuan. Kota Mekah pada saat kelahiran
RAsulullah, hanya dipandang sebelah mata kerana tidak ada yang dapat
dibanggakan sebagai kota, apatah lagi dari sisitem kesihatan. Dunia ilmu
perubatan ketika Rasulullah dilahirkan didominasi oleh tahyul, mitos dan
khurafat sebagaimana dimensi kehidupan social yang lain pada waktu itu.
Muzik ….
Namun
alangkah anehnya apabila Rasulullah hanya sakit sebanyak dua kali sahaja seumur
hidupnya. Pada zaman Rasulullah, ada sahabat bernama Harits bin Khaladah
yangmengkaji ilmu perubatan Yunanai. Tetapi sepanjang tugasnya, Harits
menganggur kerana Rasulullah memamg tidak pernah sakit. Malah kita sendiri
tidak pernah menemui satu cerita sekalipun betapa Harits pernah memberikan
rawatan perubatan kepada Baginda. Salah satu daripada sunnah baginda yang boleh
kita jadikan amalan dan baik untuk kesihatan kita adalah bagaimana baginda
Tidur dan Istirahat.
Muzik ……..
Tidur adalah
satu proses fisiologi yang normal, bersifat aktif, teratur dan berulang. Tidur
diperlukan bagi otak memfasilitasi atau merehatkan proses fisiologiny. Aktiviti
ini mengecas semula tenaga dan melakukan penyimpanan semula tenaga. Berapakah
jam masa tidur yang ideal? Satu kajian yang dilakukan oleh ahli psikiatri dari
Universiti Carlifornia mengenai masa tidur individu dengan angka kematian,
didapati individu yang bias tidur lapan jam dan kurang daripada empat jam
sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang
tidur 6 sehingga 7 jam sehari nyata memiliki umur yang panjang.
Yang pasti
Rasullullah tidak pernah tidur melebihi keperluannya. Pada masa yang sama tiada
pula baginda menahan diri daripada tidur sekadar diperlukan. Biasanya
Rasullullah tidur di awal malam selepas isyak dan bangun pada 2 per 3 malam.
Ketika menjelang waktu zohor, Rasullullah selalu tidur sejenak. Tidur yang
member kepuasan dan ketenangan pada tubuh yang sudah penat lelah serta memberi
kesegaran kembali kepada tubuh bagi terus bergerak cergas.
Muzik ….
Ada 3 waktu masa yang dilarang tidur iaitu
1)
tidur sesudah solat subuh
2) di petang hari sesudah solat asar
3) tidur selepas makan
Ketiga-tiga ini diklasifikasikan sebagai
amalan-amalan buruk. Suatu ketika dahulu Ibnu Abbas pernah melihat anaknya
tidur pagi, beliau berkata kepada anaknya itu, “Apkah kamu tidur pada saat
rezeki dibahagi-bahagikan?”. Rasulullah pernah berkata,”Janganlah kalian tidur
selepas makan kerana ini menyebabkan hati menjadi keras”. Dari segi perubatan
tidur selepas makan mengganggu aliran makanan daripada perut ke usus. Ketika
siang hari, tubuh kita didominasi oleh peranan saraf. Oleh sebab itu tidur
sepelas makan siang hari tidak berapa elok kerana pengeluaran enzim-enzim
pencernaan berkurangan. Pada ektrem atau keadaan yang lain, tidur selepas makan
malam membawa kepada kegemukan atau obesity kerana makanan dicernakan terlalu
baik pula.
Muzik
Bagaimana posisi yang terbaik? Posisi tidur
yang terbaik adalah seperti tidur RAsullullah iaitu tidur mengiring ke arah
kanan di mana paru-paru kiri yang lebih kecil daripada kanan member tekanan
yang sangat kecil kepada jantung. Hati juga tidak membebani perut sehinggakan
perut menjadi lebih mudah dan cepat dikosongkan. Dari segi intervensi
perubatan, tidur mengiring ke kanan membantu pembuangan rembesan mucus atau
cecair pada bahagian paru-paru kiri kita.
RAsulullah tidur dengan mengiring ke sebelah
kanan sambil berzikir kepada Allah sehingga matanya terasa berat. Kadang-kadang
baginda mengiringkan ke kiri sebentar dan kembali ke kanan semula. Apabila
baginda mahu tidur, baginda meletakkan tangannya di bawah pipinya, kemudian
berdoa:
“Ya Allah, dengan namaMU, aku hidup dan mati.”
Ketika bangun pula baginda berdoa,”Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan
kami selepas mematikan kami dan kepadanya kami kembali”
Demikianlah sahaja cerita dan celotoh yang
ingin saya kongsikan bersama warga SMK Kompleks KLIA untuk dijadikan renungan
bersama di pagi ini. Mulai hari ini, pagi ini dan saat ini marilah kita amalkan
salah satu sunnah cara tidur dan istirahat Rasulullah SAW……
Sekian, assalamualaikum
Nampak mcm pjg....bila on air...sekejap jer..
Marilah kita sama2 perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW...
(rindu suasana di Masjid Nabawi...SUBHANALLAH)..
Maasalamah..
No comments:
Post a Comment