Friday, 17 February 2012

MENGEJAR BINTANG KECIL....


Hari : Jumaat
Tarikh : 17 Feb 2012
Masa : 8.05 am
Tempat : Bilik Guru Bawah

Sedang saya sibuk menanda buku pelajar Ting 3 Uni Tokyo, saya memasang telinga mendengar perbualan rakan sebidang....
Cikgu Noriah : Bleh tak mintak bintang kat Tn Hj? Tak puas hati la...den tak dapat bintang ni..
Cikgu Shahina : Ya Allah...tak abis-abis lagi dengan bintang...pergilah Nor
Cikgu Noriah : Den tak kiro...nak jugak bintang...lagipun Tn Hj baru balik dari Bukit Bintang
Dengan spontan saya menyampuk...
Cikgu Nurbaya : Sapo nak bintang tadi? Meh sini saya bagi...
Buku rekod cikgu Nurbaya...tapi tak dapat bintang...KPI tahun depan mesti dapat 3 BINTANG!

Saya menyangkakan isu BINTANG ni dah habis...dah setel...rupa-rupanya masih HOT!...buku rekod mengajar yang baik dan ada LEBIIIIIIIIHHHHHHHHHHH sikit Tn Hj akan bagi bintang. Kelmarin baru saya berkesempatan check email...tak dapat pulak email dari Tn Hj...ini mesti kes guru cicir saya ni....biasa selalu je dapat email. Semalam sedang saya membelek relief di papan notis, baru saya terperasan senarai semakan buku rekod oleh Tn Hj berserta bintang kecil di hujung nama bagi guru-guru tertentu.

Sungguh besar makna BINTANG KECIL BERTAIP HITAM DI HUJUNG NAMA....walaupun kecil kesannya sangat besar..itulah yang sedang saya aplikasikan kepada pelajar-pelajar saya...

Cikgu Nurbaya : Siapa yang dapat COP CANTIK cikgu kat buku dia...awak kira, cukup 5 cop,cikgu bagi dia hadiah.
Pelajar : Oooo....kira macam boleh redeem la cikgu..
Cikgu Nurbaya : Ha...pandai pun...

Alhamdulillah...sikit yang signifikan...pelajar-pelajar sibuk mengejar cop pulak!...
Tahniah Tn Hj....bintang yang kecil tapi sangat signifikan pada kami...

Maasalamah

Sunday, 12 February 2012

MIMPI BAJU BIRU

Sabtu lepas saya bekerja, bagi menggantikan cuti yang sudah diambil sempena Tahun Baru Cina. 2 majlis berlangsung. Pertama Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2012 dan kedua Program Bai'ah Pelajar PMR & SPM 2012. Saya tak tahulah siapa punya mimpi supaya kami berpakaian berwarna biru pada hari tersebut. Ini bertujuan bagi menampakkan keseragaman dan kesatuan guru-guru SMKKKLIA...tahniah!!! ada kesatuan disitu....Sepatutnya baju koprat,disebalik tabir...ada guru yang baju koprat dah "mengecil",ada guru baru yang tiada baju koprat...

Saya terpana juga bila baca pengumuman pasal baju biru di papan notis...sebab rasanya baju biru saya memang ada. 5 pasang lagi...2 baju uniform polis, 1 uniform bomba & 2 lagi baju t-shirt...tapi semua tu tidak menepati syarat baju biru. 2 malam berturut-turut saya mimpi baju biru punya pasal...malam pertama saya mimpi jumpa semula 2 pasang baju biru masa zaman belajar dulu...memang dah excited dah...rasanya muat lagi...bangun-bangun saya sedar yang baju tu dalam almari rumah emak di Pilah. Malam yang kedua mimpi baju biru maksu Nani (saya pinjam masa berulang alik dari hospital ke sek semasa anak warded, masih belum pulang tapi dah siap masuk paper bag nak pulangkan) bertukar jadi pink....dalam mimpi saya panik mana nak dapat baju biru ni??

Akhirnya....saya buka semula paper bag dan pakai baju biru maksu Nani....pakej dengan tudung biru maksu Nani jugak..memang nampak macam baju pinjam sebab besar dan gedebosh!!!...lantak la...yang penting objektif berbaju biru tercapai..

Model baju biru..Cikgu Noriah dan Cikgu Aziyah..macam adik beradik..cuba teka tang mana macam adik beradik??

Nilah baju biru dan tudung biru maksu Nani...sebelah kanan Cikgu Shahina agih makanan tapi tak juga habis

Barisan mak-mak baju biru yang anak tiri masing2 calon2 PMR & SPM 2012
 Dengan itu saya dapat ilham dan memasang impian tema baju raya tahun ni ialah BIRUUUUUUU....

Maasalamah...

Tuesday, 7 February 2012

SERUMPUN SERAI TUA

Semalam saya mengerjakan serumpun serai tua di belakang rumah. Dulu memang banyak serai yang ditanam di belakang rumah. Sudah 2 atau 3 kali serai dan ubi kami hantar ke kedai wancik di Sikamat. Sebab wancik berniaga sarapan. Penanam serai itu adalah insan yang banyak berbakti kepada saya. Dia ialah uwan (ibu kepada emak saya).
Sejak saya dilahirkan sehingga 5 tahun saya dibesarkan oleh uwan.Kehidupan emak dulu agak susah. Maklumlah uwan orang merantau, menjadi ibu tunggal semasa emak berusia 3 tahun lagi. Jadi adik beradik kami diagihkan kepada uwan dan uwan dilir (uwan sebelah abah) untuk dibesarkan.
Setelah saya berkahwin, uwan jugalah yang tinggal sementara dengan saya membantu menjaga anak-anak saya (kakak Dafinah 1 thn lebih, bangah Mirza 4 bulan) sementara menunggu bibik sampai. Hampir 5-6 bulan juga. Pernah sekali uwan tejatuh kerana nak sambut bangah Mirza yang debab. Selama itu juga uwan berkebun di belakang rumah. Macam-macam uwan tanam...mangga, kelapa, pokok ubi, sayur kailan, sayur sawi putih, sayur kangkung, bendi.....boleh dikatakan setiap minggu 2 kali saya akan bawa sayur-sayur uwan ke sekolah (SMJK Chan Wa) untuk dijual.Memang licin...seminggu lebih kurang RM60 uwan dapat.
Tapi sekarang kebun sayur dah tak ada lagi yang tinggal hanya pokok-pokok besar...dan serumpun serai tua.Uwan tinggal sendirian di kampung.Kadang-kadang maksu Nani (adik saya) akan bawa uwan temankan dia di Lavender Hight. Setiap pagi maksu Nani on the way ke sekolah maksu Nani akan hantar uwan balik ke kampung (maksu Nani tinggal di Senawang dang mengajar di SK Pusat Juaaseh).
Kini hanya tinggal uwan sahaja (opah,atuk,nenek dan atuk sebelah shazly hubby ...uwan&atuk sebelah abah sudah meninggal dunia).


Terima kasih yang infiniti kepada uwan kerana melahirkan dan membesarkan emak dan achek yang sentiasa sabar dan cekal dalam kehidupannya....
Terima kasih yang tidak ternilai kepada uwan kerana menjaga saya dan adik beradik yang lain sehingga saya kenal erti kehidupan...
Terima kasih yang tidak terzahir kepada uwan kerana membantu menjaga anak-anak saya dan sedia menolong kami tanpa mengenal usia yang semakin senja...

Terima kasih UWAN...

Maassalamah......

Sunday, 5 February 2012

Berat sama dipukul,ringan sama dijinjing...

Jumaat & Sabtu...2hr saya berkampung di sekolah untuk mengecat kelas.Tahun ni saya jadi guru kelas 3 Uni Al Azhar...best class@kelas target la di sek..8 tahun saya mengajar,inilah kali pertama dapat kelas terbaik.Terkesima juga...
Hari jumaat lebih kurang 15 orang datang,itu pun ramai datang lewat...mungkin sebab hujan kot.Jadi kerja mengecat start lambat, lebih kurang jam 4 dan habis lewat jugak ...lagi 10 minit samalan dengan sesi petang balik.
Hari Sabtu...cikgu pulak datang lewat....dalam pukul 12 sampai..set masa dengan pelajar pukul 11...maaf ye korang cikgu lewat,cikgu meronda cari alas meja kat nilai 3...diorang jual sekayu je..jadi cikgu cari yang jual meter2...Kali ni saya bawa satu family...standart la, kalau emak nyer cikgu....habis bapak&anak-anak juga jadi guru-guru penolong tidak bergaji...
Niyaz....anak cikgu yang kecik...tak dapat cikgu nak tolong banyak..asyik berdukung jer

Tengah gaul cat,ada satu tray je...cikgu kreatif,guna penodok sampah..

 Ini Ruba Shree....pembantu khas cikgu..

 Ni masa hari Jumaat....cikgu berjubah mengecat..sampai hari ni tak hilang cat kain jubah cikgu

Ramaneish...student paling tinggi..maka diarahkan oleh Uncle Shazli Hubby touch up bahagian atas

Alhamdulillah...kerja mengecat dan balut meja setel jam 3. Terima kasih kepada anak-anak mama & anak-anak murid mama yang bantu mengembleng tenaga nak bagi suasana kelas kita cantik dan ceria..terima kasih juga kepada Uncle Shazli Hubby sebab belanja makan nasi ayam hainan....insyallah,murah rezeki ye bang...

Massalamah...

Wednesday, 1 February 2012

SEMALAM DI KONTI

Semalam saya ditugaskan berada di konti (sudut kecil di depan bilik pengetua tmpt buat pengumuman) bagi rutin pagi radio sekolah. Saya memang tidak ssempat nak buat sebaik mungkin, itupun saya bangun seawal 4 pg untuk menaip, mendown load lagu (Ketua Bidang request lagu lau ka kana-sekali KB tak datang la..) dan adjust mana yang patut..
Jadi...inilah skrip radio saya semalam...


RADIO SEKOLAH SMK KOMPLEK KLIA
Panitia Sains.
Rabu
01.02.2012 (8 Rabiul Awal 1433H)
Penyampai:
1)      Pn Siti Nurbaya Binti Abdul Malek

Assalamualaikum
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua warga SMK Kompleks KLIA. Di pagi Rabu ini, tibalah giliran saya Pn Siti Nurbaya Binti Abdul Malek dari Panitia Sains untuk mengisi pagi anda. Insyallah pada hari Ahad ini 5 Feb 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H merupakan sambutan mauldirul rasul. Justeru ingin saya berkongsi sebuah buku yang saya baca bertajuk Mengapa RAsullulah Tidak Pernah Sakit, hasil tulisan Dr Adi Hashman di bawah tajuk Tidur dan Istirahat Rasulullah. Marilah kita mulakan pagi kita ini dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Muzik …..
Rasullulah adalah manusia Agung. Bagainda bagaikan permata yang berkilauan dari sisi mana pun kita memandangnya. Kecemerlangan peribadi Baginda adalah telaga abadi yang tidak pernah habis ditimba. Hidup tanpa teladan dan contoh ikutan, adalah hidup yang mengundang kegagalan.
Muzik ……
Rasulullah lahir pada 570 Masihi, di sebuah tempat yang jauh daripada pusat-pusat peradaban dunia yang bertamadun tinggi dan jauh daripaa pusat politik dunia. Semenanjung Arab pada ketika itu adalah tempat yang paling terkebelakang di dunia, jauh daripada seni danilmu pengetahuan. Kota Mekah pada saat kelahiran RAsulullah, hanya dipandang sebelah mata kerana tidak ada yang dapat dibanggakan sebagai kota, apatah lagi dari sisitem kesihatan. Dunia ilmu perubatan ketika Rasulullah dilahirkan didominasi oleh tahyul, mitos dan khurafat sebagaimana dimensi kehidupan social yang lain pada waktu itu.
Muzik ….
Namun alangkah anehnya apabila Rasulullah hanya sakit sebanyak dua kali sahaja seumur hidupnya. Pada zaman Rasulullah, ada sahabat bernama Harits bin Khaladah yangmengkaji ilmu perubatan Yunanai. Tetapi sepanjang tugasnya, Harits menganggur kerana Rasulullah memamg tidak pernah sakit. Malah kita sendiri tidak pernah menemui satu cerita sekalipun betapa Harits pernah memberikan rawatan perubatan kepada Baginda. Salah satu daripada sunnah baginda yang boleh kita jadikan amalan dan baik untuk kesihatan kita adalah bagaimana baginda Tidur dan Istirahat.
Muzik ……..
Tidur adalah satu proses fisiologi yang normal, bersifat aktif, teratur dan berulang. Tidur diperlukan bagi otak memfasilitasi atau merehatkan proses fisiologiny. Aktiviti ini mengecas semula tenaga dan melakukan penyimpanan semula tenaga. Berapakah jam masa tidur yang ideal? Satu kajian yang dilakukan oleh ahli psikiatri dari Universiti Carlifornia mengenai masa tidur individu dengan angka kematian, didapati individu yang bias tidur lapan jam dan kurang daripada empat jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang tidur 6 sehingga 7 jam sehari nyata memiliki umur yang panjang.
Yang pasti Rasullullah tidak pernah tidur melebihi keperluannya. Pada masa yang sama tiada pula baginda menahan diri daripada tidur sekadar diperlukan. Biasanya Rasullullah tidur di awal malam selepas isyak dan bangun pada 2 per 3 malam. Ketika menjelang waktu zohor, Rasullullah selalu tidur sejenak. Tidur yang member kepuasan dan ketenangan pada tubuh yang sudah penat lelah serta memberi kesegaran kembali kepada tubuh bagi terus bergerak cergas.
Muzik ….
Ada 3 waktu masa yang dilarang tidur iaitu
 1) tidur sesudah solat subuh
2) di petang hari sesudah solat asar
3) tidur selepas makan
Ketiga-tiga ini diklasifikasikan sebagai amalan-amalan buruk. Suatu ketika dahulu Ibnu Abbas pernah melihat anaknya tidur pagi, beliau berkata kepada anaknya itu, “Apkah kamu tidur pada saat rezeki dibahagi-bahagikan?”. Rasulullah pernah berkata,”Janganlah kalian tidur selepas makan kerana ini menyebabkan hati menjadi keras”. Dari segi perubatan tidur selepas makan mengganggu aliran makanan daripada perut ke usus. Ketika siang hari, tubuh kita didominasi oleh peranan saraf. Oleh sebab itu tidur sepelas makan siang hari tidak berapa elok kerana pengeluaran enzim-enzim pencernaan berkurangan. Pada ektrem atau keadaan yang lain, tidur selepas makan malam membawa kepada kegemukan atau obesity kerana makanan dicernakan terlalu baik pula.
Muzik
Bagaimana posisi yang terbaik? Posisi tidur yang terbaik adalah seperti tidur RAsullullah iaitu tidur mengiring ke arah kanan di mana paru-paru kiri yang lebih kecil daripada kanan member tekanan yang sangat kecil kepada jantung. Hati juga tidak membebani perut sehinggakan perut menjadi lebih mudah dan cepat dikosongkan. Dari segi intervensi perubatan, tidur mengiring ke kanan membantu pembuangan rembesan mucus atau cecair pada bahagian paru-paru kiri kita.
RAsulullah tidur dengan mengiring ke sebelah kanan sambil berzikir kepada Allah sehingga matanya terasa berat. Kadang-kadang baginda mengiringkan ke kiri sebentar dan kembali ke kanan semula. Apabila baginda mahu tidur, baginda meletakkan tangannya di bawah pipinya, kemudian berdoa:
“Ya Allah, dengan namaMU, aku hidup dan mati.” Ketika bangun pula baginda berdoa,”Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadanya kami kembali”
Demikianlah sahaja cerita dan celotoh yang ingin saya kongsikan bersama warga SMK Kompleks KLIA untuk dijadikan renungan bersama di pagi ini. Mulai hari ini, pagi ini dan saat ini marilah kita amalkan salah satu sunnah cara tidur dan istirahat Rasulullah SAW……
Sekian, assalamualaikum 

Nampak mcm pjg....bila on air...sekejap jer..
Marilah kita sama2 perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW...
(rindu suasana di Masjid Nabawi...SUBHANALLAH)..

Maasalamah..