Thursday, 16 May 2013

DOA ORANG TUA


Masyallah! Lama betul tak menulis. Berpurnama lamanya…alasan macam biasa, bz dengan urusan duniawi. Kih…kih….kih…tapi hari mesti tulis jugak sebab hari ni hari special buat kami adik beradik pompuan. SELAMAT HARI GURU UNTUK KAMI! Hari ni genaplah sedekad saya bergelar CIKGU BAYA!

Macamana kami adik beradik semua yang puteri puteri ni (kami ber7 beradik, 3 lelaki (abg no 2 dah meninggal ~Al Fatihah), 4 pompuan) terjebak dengan arena KEGURUAN. Panjang ceritanya….tapi sebagai cikgu sains, boleh aje terus kepada rumusan.

Takder pun keturunan belah mak yang bergelar guru, hatta guru ngaji sekalipun. Betul sorang je belah abah iaitu arwah Pak Ngah (HJ BAHARUDDIN BIN ABDUL MANAF)…seingat sayalah, arwah atuk Manaf seorang doktor@dukun kampung, arwah uwan dilir plak seorang housewife dgn buat keje2 kg je. Arwah onyen seorang bisneswomen@peniaga kecil. …omak saya tukang masak spital je, abah pulak polis semboyan….mmm pendek citer x nmpak dan tak dengar pun siapa yang jadi cikgu kecuali Arwah Pak Ngah.

 Dalam adik beradik kami sorang jer pun yang mmg tulen amik coz pendidikan iaitu Presiden kami CIKGU RITA AZURA BINTI ABDUL MALEK (kakak yang tuo)…Bac Pendidikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (kalau x silap begitulah bunyi coznyer). Harapan omak abah mmg tinggi nak anak2 jadi doktor, pensyarah, lawyer…pergh! Mak bapak mana tak nak tengok anak2 pegang jawatan mcm tu.

Tapi tulah…rezeki Allah bagi…setelah diselidik…dikaji…dimuhasabah diri kami ini…baru teringat…arwah Onyen (BUROK BINTI SULAIMAN) penah citer…. “Depan kaabah, aku berdoa ho…biarlah empak empak cicit tino aku, semuo jadi cikgu belako.”….arwah onyen ni bahasa dia kacuk sbb lahir di ganu tapi disebabkan pekerjaan beliau sebagai bisneswomen kecil kecilan, menyebabkan beliau byk merantau..port biz Onyen di Pekan, Pahang. Dan memang hanyalah kami 4 org cicit pompuan beliau. Seumur hidup arwah onyen, dalam 3 4 kali jugak rasanya beliau ke Mekah… dan itulah doanya…berkat doa beliau dan insyallah sememangnya doa depan kaabah tu mmg Allah makbulkan jadilah kami CIKGU…amin.Terima kasih onyen. We love uuuu..AL FATIHAH


INI FAMILY CIKGU RITA AZURA BINTI ABDUL MALEK  atau panggilan manja ATEH

Mmg amik coz pendidikan di UPM. 16 tahun di SMK KUHARA, TAWAU. Dan sekarang di SMK TUANKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN. Cikgu Pengajian Am tingkatan 6. Ateh adalah Presiden kelab kami.

INI FAMILY CIKGU SHUHAIDA BINTI ABDUL MALEK atau nama manja KAK SU

Asalnya dalam Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah (UM) dan sambung lagi Sarjana di bidang yang sama di UIAM. Kemudian sambung KPLI kajian tempatan di Maktab Melayu Ppuan Melaka. Sekarang berkhidmat di SK Lavender Hight, Senawang. K su s/u kelab kami.


tak lain tak bukan INI FAMILY CIKGU SITI NURBAYA BINTI ABDUL MALEK  atau panggilan manja INOR

Amik degree Pemakanan dan Kesihatan Komuniti kat UPM. Sambung KPLI Pengajian Sains kat M4P, Penang…pastu sambung lagi Pendidikan Sains kat UKM. Dah mengajar 5 sekolah untuk 3 negeri.(.mengalahkan presiden wooo). Dan skrg berkhidmat di SMKKKLIA, Nilai. Jawatan dalam kelab ialah Timbalan Presiden..sbb lagi senior dari kak su..he..he…


INILAH FAMILY USTAZAH NANI RAHAYU BINTI ABDUL MALEK atau nama manja NANI

Asal usul amik Ijazah Pengajian Syariah dan Undang Undang kat UM. Sambung JQAF kat MPRM. Dulu berulang dari Senawang ke SK Juasseh Pusat. Sekarang jadi ustazah kat SK Taman Seri PAgi, Senawang. Jawatan dalam kelab ialah Bendahari (merangkap ibu kutu pinggan kitorg skrg).

Begitulah serba sedikit asal usul kelab dan organisasi kelab kami…apabila dianalisis didapati 2 org lulusan UPM berkhidmat di SMK manakala 2 org yang kat UM tu berkhidmat di SK....

Apapun pekerjaan kita…itu adalah tanggungjawab kita…itu semua adalah ibadah.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Insyallah…mungkin inilah salah satu laluan sebagai saham di akhirat kelak kepada kita yang bergelar GURU.....guru yang bukan sebab jawatan itu sendiri tetapi GURU kepada anak anak kita juga.
Al Fatihah buat guru guru yang telah meninggalkan kita, Al Fatihah juga buat kita dan guru guru yang masih bersama kita di bumi ini. Semoga ilmu yang disampaikan berguna dan bermanfaat untuk anak anak didik kita. Insyallah....

SELAMAT HARI GURU!!

maassalamah

No comments:

Post a Comment