Monday, 22 October 2012

33 TAHUN YANG LALU...

33 tahun yang lalu 23 Okt 1979, hari Selasa jam 5.10 petang omak selamat melahirkan saya di Hospital Kuala Pilah. Terima kasih omak.....melahirkan...membesarkan....mendidik...menyayangi....dan kitaran ini masih berlaku bukan hanya pada saya tetapi juga pada anak anak saya.

Alhamdulillah.......syukur yang infiniti ke hadrat Allah, memberi peluang kepada saya bernafas sehingga ke angka 33. Saya ada mendengar tazkirah semasa sukan di sekolah kakak Dafinah. Ustaz tersebut ada menyatakan ada 2 peringkat umur yang perlu kita peka. Pertama 33 tahun di mana pada umur ini Nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga, kedua umur 40 tahun di mana ketika ini segala tingkah laku kita akan berkekalan selamanya...masyAllah...

Subhanallah.....Maha Suci Allah. Saya bersyukur dengan nikmat Allah, pada usia 33 tahun ini saya selesai melaksanakan rukun Islam yang ke 5. Ketetapan dan perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita yang bergelar hambaNya. Saya memohon kepadaNya supaya diberikan ketetapan iman dan keberkatan pada diri saya, anak anak, omak abah, uwan, adik beradik, ibu ayah dan semua muslimin dan muslimat.

Allahuakbar...Allah Maha Besar.Ya Allah, saya mohon supaya ditingkatkan keimanan, ketaqwaan, kesabaran, dan keikhlasan dalam diri ini menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang hambaMu, sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu dan sebagai seorang guru...(doa yang setiap hari saya bacakan semasa perjalanan ke sekolah).

Amin ya rabbal a'lamin

Maassalam


2 comments:

  1. Amin....thanks..I learned somethg kat blog ko ni. Umur 40 ye? Harus perbetulkan mana yg masih kurang ni...moga dipermudahkan dan diberi peluang oleh Nya. BTW, selamat hari jadi kawan ku!

    ReplyDelete
  2. insyallah....sesama kita BYB...BETULKAN YG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL..AMIN

    ReplyDelete