Masyallah! Lama betul tak menulis. Berpurnama lamanya…alasan macam biasa, bz dengan urusan duniawi. Kih…kih….kih…tapi hari
mesti tulis jugak sebab hari ni hari special buat kami adik beradik pompuan.
SELAMAT HARI GURU UNTUK KAMI! Hari ni genaplah sedekad saya bergelar CIKGU
BAYA!
Macamana kami adik beradik semua yang puteri puteri ni (kami ber7 beradik, 3 lelaki (abg no 2 dah meninggal ~Al Fatihah), 4 pompuan) terjebak
dengan arena KEGURUAN. Panjang ceritanya….tapi sebagai cikgu sains, boleh
aje terus kepada rumusan.
Takder pun keturunan belah mak yang bergelar guru, hatta
guru ngaji sekalipun. Betul sorang je belah abah iaitu arwah Pak Ngah (HJ
BAHARUDDIN BIN ABDUL MANAF)…seingat sayalah, arwah atuk Manaf seorang doktor@dukun
kampung, arwah uwan dilir plak seorang housewife dgn buat keje2 kg je. Arwah onyen seorang bisneswomen@peniaga kecil. …omak saya tukang masak spital je, abah pulak polis
semboyan….mmm pendek citer x nmpak dan tak dengar pun siapa yang jadi cikgu
kecuali Arwah Pak Ngah.
Dalam adik beradik
kami sorang jer pun yang mmg tulen amik coz pendidikan iaitu Presiden kami
CIKGU RITA AZURA BINTI ABDUL MALEK (kakak yang tuo)…Bac Pendidikan Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Pertama (kalau x silap begitulah bunyi coznyer). Harapan
omak abah mmg tinggi nak anak2 jadi doktor, pensyarah, lawyer…pergh! Mak bapak
mana tak nak tengok anak2 pegang jawatan mcm tu.
Tapi tulah…rezeki Allah bagi…setelah
diselidik…dikaji…dimuhasabah diri kami ini…baru teringat…arwah Onyen (BUROK
BINTI SULAIMAN) penah citer…. “Depan kaabah, aku berdoa ho…biarlah empak empak
cicit tino aku, semuo jadi cikgu belako.”….arwah onyen ni bahasa dia kacuk sbb
lahir di ganu tapi disebabkan pekerjaan beliau sebagai bisneswomen kecil kecilan, menyebabkan
beliau byk merantau..port biz Onyen di Pekan, Pahang. Dan memang hanyalah kami
4 org cicit pompuan beliau. Seumur hidup arwah onyen, dalam 3 4 kali jugak
rasanya beliau ke Mekah… dan itulah doanya…berkat doa beliau dan insyallah sememangnya
doa depan kaabah tu mmg Allah makbulkan jadilah kami CIKGU…amin.Terima kasih onyen. We love
uuuu..AL FATIHAH
Mmg amik coz pendidikan di UPM. 16 tahun di SMK KUHARA,
TAWAU. Dan sekarang di SMK TUANKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN. Cikgu Pengajian Am
tingkatan 6. Ateh adalah Presiden kelab kami.
![]() |
| INI FAMILY CIKGU SHUHAIDA BINTI ABDUL MALEK atau nama manja KAK SU |
Asalnya dalam Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan
Wilayah (UM) dan sambung lagi Sarjana di bidang yang sama di UIAM. Kemudian sambung KPLI kajian
tempatan di Maktab Melayu Ppuan Melaka. Sekarang berkhidmat di SK Lavender Hight,
Senawang. K su s/u kelab kami.
![]() |
| tak lain tak bukan INI FAMILY CIKGU SITI NURBAYA BINTI ABDUL MALEK atau panggilan manja INOR |
Amik degree Pemakanan dan Kesihatan Komuniti kat UPM.
Sambung KPLI Pengajian Sains kat M4P, Penang…pastu sambung lagi Pendidikan
Sains kat UKM. Dah mengajar 5 sekolah untuk 3 negeri.(.mengalahkan presiden
wooo). Dan skrg berkhidmat di SMKKKLIA, Nilai. Jawatan dalam kelab ialah Timbalan
Presiden..sbb lagi senior dari kak su..he..he…
![]() |
| INILAH FAMILY USTAZAH NANI RAHAYU BINTI ABDUL MALEK atau nama manja NANI |
Asal usul amik Ijazah Pengajian Syariah dan Undang Undang
kat UM. Sambung JQAF kat MPRM. Dulu berulang dari Senawang ke SK Juasseh Pusat.
Sekarang jadi ustazah kat SK Taman Seri PAgi, Senawang. Jawatan dalam kelab
ialah Bendahari (merangkap ibu kutu pinggan kitorg skrg).
Begitulah serba sedikit asal usul kelab dan organisasi kelab
kami…apabila dianalisis didapati 2 org lulusan UPM berkhidmat di SMK manakala 2 org yang kat UM tu berkhidmat di SK....
Apapun pekerjaan kita…itu adalah tanggungjawab kita…itu
semua adalah ibadah.
Sabda
Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila
mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3
perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang
soleh”
Insyallah…mungkin inilah salah satu laluan sebagai saham di
akhirat kelak kepada kita yang bergelar GURU.....guru yang bukan sebab jawatan
itu sendiri tetapi GURU kepada anak anak kita juga.
Al Fatihah buat guru guru yang telah meninggalkan kita, Al
Fatihah juga buat kita dan guru guru yang masih bersama kita di bumi ini. Semoga ilmu
yang disampaikan berguna dan bermanfaat untuk anak anak didik kita. Insyallah....
SELAMAT HARI GURU!!
maassalamah



