Wednesday, 21 March 2012

ALHAMDULILLAH...


Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Saya rasakan itulah perkataan terbaik yang dapat saya ungkapkan. Alhamdulillah dan tahniah kepada X-SMKKKLIA 20111 dan guru-guru dengan pencapaian SPM 2011. 

Sempat saya berpesan melalui sms kepada mereka, jangan lupa solat sunat syukur sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya. Alhamdulillah, perasaan syukur yang tidak terkata dengan sedaya mungkin saya lakukan sebanyak mungkin solat sunat syukur. Subhanallah, bukan niat untuk menunjuk tetapi perasaan syukur yang tidak dapat saya luahkan dengan kata. 

Paling mudah sujud syukur…selepas selesai solat fardhu, niat terus sahaja sujud syukur …Peringatan ini buat diri juga, marilah kita banyakkan bersyukur…terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Rasulullah saw sentiasa menghidupkan malam dengan ibadah dan solat sehingga bengkak-bengkak kaki Baginda. Keadaan ini pernah terlintas di hati saya semasa berada di Madinah.

Kisahnya, pada malam ke 4 di Madinah saya secara tidak sengaja (rezeki) dijemput oleh Prof Kamil ke rumahnya di Jabal Uhud. Memang antara kenangan manis saya berada di kota Madinah. Sebelum kami dijamu, Prof Kamil menyampaikan sedikit tazkirah lantas bertanya kepada Shazli hubby, “Berapa kalikah sepanjang 32 tahun....haji hidup, solat sunat syukur?” terkedu juga saya lihat Shazli hubby ingin menjawab. Lalu beliau menceritakan perihal Rasulullah tersebut.

Terus terlintas di hati saya, “Bagaimanakah agaknya sakit bengkak kaki Baginda sebab solat syukur?”. Boleh dikatakan saya mengamalkan solat sunat syukur setiap kali solat fardhu ataupun setelah selesai setiap ibadah haji yang kami lakukan. Subhanallah, memang Allah nak tunjukkan pada saya. Sejurus selepas bangun dari tidur keesokan harinya untuk saya solat subuh di Masjid Nabawi saya rasa sakit atas pada tumit kaki iaitu selari dengan buku lali. Pelik juga, saya tak jatuh mahupun terkehel…saya teruskan aktiviti seperti biasa. Keadaan sakit hanya terasa apabila solat. Macam-macam saya buat, sapu yoko-yoko dan basahkan kaki dengan air zam-zam. Tidak berkesan. Tak lama kemudin terlintas di hati saya, adakah ini yang ingin Allah tunjukkan pada saya. Subhanallah…lantas saya berwuduk, solat sunat taubat, solat sunat syukur dan berdoa Allah mohon keampunan. Alhamdulillah…hilang terus kesakitan. Subhanallah, mungkin juga ada maksud lain yang tersirat.

Berbalik kepada kisah keputusan SPM tadi, debaran yang saya rasakan tahun ini sangat berbeza dengan debaran-debaran tahun sebelum-sebelum ini. Ini mungkin disebabkan:
  • -          Kali pertama menjadi guru ting 5
  • -          Follow pelajar 5W…boleh dikatakan 5W produk saya sepanjang mereka di peringkat men atas
  • -          Sangat-sangat mencabar dan menguji keimanan mengajar 5W
  • -          Saya terpaksa meninggalkan anak-anak murid saya saat-saat genting mereka nak pekse       
  • -          2011 tahun KESIBUKAN dengan tugasan lain – kajian tindakan, guru ting 5, ketua pentaksir sekolah dan di masa yang sama saya perlu membuat persiapan diri fizikal, mental dan rohani untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5
Sesungguhnya saya berpegang pada kata-kata DOA ADALAH SENJATA ORANG-ORANG MUKMIN….alhamdulillah doa saya dimakbulkan Allah. Bukan sahaja doa saya khas kepada 5 orang anak-anak saya di 5W, malah titipan doa rakan-rakan juga…Alhamdulillah dimakbulkan Allah. Di mana sahaja tempat yang dikatakan makbul untuk berdoa, sentiasa saya berdoa…di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Hijir Ismail, Raudhah dan banyak lagi… Tetapi ingin saya kongsi bersama catatan daripada blog Prof Kamil :


“namun jangan lupa beberapa perkara, pertama, doa ibu bapa sangat mustajab. Tidak kira ibu bapa berada di Madinah, Mekah atau Shah Alam, ibu tetap ibu. Ayah tetap ayah.
Ia tidak merujuk kepada tempat atau lokasi. Mustajab itu Allah anugerahkan kepada setiap individu. Gunakanlah peluang itu sepenuhnya.
Ia tidak bermodal.
Kedua, doa mereka yang berpuasa dikatakan sangat mustajab. Ia juga tidak bergantung kepada lokasi, Ia bergantung kepada amalan. Berpuasalah. Ia mempunyai banyak kelebihan.
Jangan pula kita beria-ia mencari orang berpuasa untuk mendoakan bagi pihak kita. Doa itu merupakan satu ibadat yang sangat menarik sifatnya.
Ketiga, bangunlah 1/3 hujung malam yang tersisa. Allah berjanji akan memakbulkan doa, ampunkan dosa mereka yang bertaubat dan memberi apa yang diminta pada ketika ini."

 
Insyallah, mulai hari ni sama-sama kita sentiasa bersyukur kepadaNya dengan apa cara sekalipun.

Maasalamah

Monday, 12 March 2012

Tutik Uwan, Bocek Mama

Hampir seminggu niyaz di rumah omak, dikuarantin akibat virus HFMD...di Pilah
Saya pun tak faham kenapa ada desas desus mengatakan saya merintih kerana tiada yang membantu menjaga Niyaz. Spekulasi @ tafsiran @ intepretasi @ tuduhan negetif? Pertanyaan tak berjawab?? rasanya tidak semua pertanyaan saya jawap...kerana ayat yang sedikit tetapi agak signifikan...sekian lama tak update status, beginilah pula signifikannya. Tepuk dahi, muhasabah semula. Yang pasti saya berpegang kepada kata-kata kakak saya.."HIDUP... KALAU TAK MEMBANTU...JANGAN MENYUSAHKAN ORANG."
Astagfirullah...hambaMu mohon keampunan dan perlindunganMu Ya Allah.
NOKTAH.

Kembali ke topik utama. Sebelum saya telefon omak, plan saya dan shazli hubby untuk menjaga niyaz secara bergilir. Tapi niyaz memang Tutik uwan...dalam seminit saya dileter..bla...bla..bla....hujung ayat omak cakap, "Bawak tutik tu balik kg, kang berjangkit plak kek kakak dengan ujang.". Malam isnin itu jugak saya dan shazli hubby balik ke Pilah dan jam 4pg kami pulang ke Nilai. Tutik adalah nama manja uwan untuk Adik Niyaz...bukan bermaksud Niyaz sorang yang menjadi bocek uwan,tapi semua cucu (20 cucu) adalah bocek uwan&atuk..Istilah BOCEK yang saya faham ialah kesayangan..saya tak pasti pula maksud tersirat lain. Omak & adik Niyaz jadi lagi 'bocek' sejak sepeninggalan saya ke Tanah Suci. 2 bulan juga anak-anak saya dijaga oleh omak sepenuhnya...dibantu secara bergilir oleh mak su, ibu, ummi, mak ngah (semua ibu saudara Niyaz) & onyen.Selepas pulang dari Tanah Suci, adik Niyaz kembali jadi bocek mama, tapi tetap Tutik uwan...sebelum tidur uwan cium baju Tutik...Rindu kek Tutik.Sekarang omak dah bela arnab. Arnab tu omak bagi nama Tutik.....

Walaupun Niyaz tutik uwan, dia tetap bocek mama. Tak bermaksud kakak & bangah mama tak sayang...mungkin niyaz yang kecil, banyak keletah...tumpuan lebih pada ADIK NIYAZ. Omak cerita, siang tak jadi masalah..Niyaz happy join aktiviti uwan&atuk...malam agak kesulitan. 2 malam pertama Niyaz menangis, sakit dalam mulut. Ulser tumbuh merata dan menebal di lidah..tak mampu menelan susu.Masuk malam berikutnya, menangis ingat kat mama. Omak cakap, meleleh air mata Niyaz sampai ke telinga...mulut panggil MAMA...
Control sebak saya dengar cerita omak.

Kerinduan mama, ayah, kakak Dafinah dan Bangah Mirza sepanjang Adik Niyaz tak ada, menguatkan lagi aura rindu adik Niyaz.....segala aktiviti mesti terselit nama adik Niyaz

Mama: Kalau adik niyaz ada mesti .....
Ayah: Kalau adik Niyaz ada, ayah balik kerja mesti ....
Kakak: Adik Niyaz kan mesti ....
Bangah Mirza: Adik Niyaz rindu kat bangah tak?? 

Realitinya....ADIK NIYAZ BOCEK MAMA, AYAH, KAKAK DAFINAH & BANGAH MIRZA

NIYAZ BIN SHAZLI HASBI


Maasalamah