Friday, 26 October 2012

IBADAH KORBAN

Hidup tak lari dari perkataan KORBAN. Pelbagai perkataan dan pelbagai maksud yang terhasil apabila beberapa imbuhan seperti ber..ter...di...peng...meng... disisipkan pada perkataan KORBAN.

Pengorbanan
Setahun yang lalu, di kala ini banyak pengorbanan yang dilakukan oleh semua yang hampir dengan saya.

Kakak Dafinah, bangah Mirza dan adik Niyaz terpaksa melalui erti pengorbanan di awal kehidupan mereka.

Mengorbankan
Terima kasih yang infiniti kepada omak, abah, uwan dan adik beradik yang lain kerana sanggup mengorbankan kudrat, masa dan wang ringgit sepanjang pemergian kami ke tanah suci.

Ingin dikongsikan bait bait kata daripada blog Prof Kamil yang selalu menjadi santapan rohani saya:

Hidup perlu berkorban. Pengorbanan ini pula bukan untuk sesiapa. Ia perlu dilakukan untuk membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Maassalamh

Monday, 22 October 2012

33 TAHUN YANG LALU...

33 tahun yang lalu 23 Okt 1979, hari Selasa jam 5.10 petang omak selamat melahirkan saya di Hospital Kuala Pilah. Terima kasih omak.....melahirkan...membesarkan....mendidik...menyayangi....dan kitaran ini masih berlaku bukan hanya pada saya tetapi juga pada anak anak saya.

Alhamdulillah.......syukur yang infiniti ke hadrat Allah, memberi peluang kepada saya bernafas sehingga ke angka 33. Saya ada mendengar tazkirah semasa sukan di sekolah kakak Dafinah. Ustaz tersebut ada menyatakan ada 2 peringkat umur yang perlu kita peka. Pertama 33 tahun di mana pada umur ini Nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga, kedua umur 40 tahun di mana ketika ini segala tingkah laku kita akan berkekalan selamanya...masyAllah...

Subhanallah.....Maha Suci Allah. Saya bersyukur dengan nikmat Allah, pada usia 33 tahun ini saya selesai melaksanakan rukun Islam yang ke 5. Ketetapan dan perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita yang bergelar hambaNya. Saya memohon kepadaNya supaya diberikan ketetapan iman dan keberkatan pada diri saya, anak anak, omak abah, uwan, adik beradik, ibu ayah dan semua muslimin dan muslimat.

Allahuakbar...Allah Maha Besar.Ya Allah, saya mohon supaya ditingkatkan keimanan, ketaqwaan, kesabaran, dan keikhlasan dalam diri ini menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang hambaMu, sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu dan sebagai seorang guru...(doa yang setiap hari saya bacakan semasa perjalanan ke sekolah).

Amin ya rabbal a'lamin

Maassalam


Tuesday, 25 September 2012

Air Cantik + Air Kuat

Dah lama tak menulis, bukan sebab tiada masa. Ada....tapi dah terlupa macam mana nak sign in semula. Login ingat, password ingat...cara nak sign in lupa. Itulah kalau benda yang kita dah tahu tapi tak diamalkan, lama-lama jadi terlupa...berkarat...Apa pun akhirnya saya berjaya juga.

Dah lama nak update. Nak cerita pasal kisah ni....dah terkarang dalam minda tapi hanya dizahirkan melalui mulut je. Cerita kat adik beradik...sepupu...kawan-kawan rapat jer..

Satu pagi di hari minggu saya bangun pagi. Lepas solat subuh, baca mathurat, tonton motivasi pagi...relaks kejap sambil minum air (cocoa colagen). Tetiba Mirza turun terus duduk di meja.

Mirza: Mama minum air apa tu?
Mama: Air ni la (tunjuk sampul cocoa colagen)
Mirza: Oooo....mama minum air cantik...Kenapa mama tak minum air kuat macam ayah tu?
Mama: Kenapa? Mama kan nak jadi cantik, jadi mama minum air ni la.
Mirza: Kalau mama minum air kuat, nanti mama bertambah bertambah kuat...KUAT MARAH MIRZA, KUAT MARAH KAKAK, KUAT MARAH ADIK NIYAZ..

Alamak! baru mama sedar mama guna pendekatan MARAHLOGI dengan anak-anak mama....sian anak-anak mama.
Sabar ye nakkk....
Teringat pesan ustaz masa bagi tazkirah hari sukan sekolah kakak. Ada 3 peringkat mendidik anak-anak.
      1) 0-6 tahun - disayangi
      2) 7-12 tahun - dibentuk
      3) 13- ke atas - berkawan
Pernah dengar, pernah baca...tapi jarang sekali mempraktikkannya....sejak dari hari tu saya cuba sedaya upaya untuk mempraktikkannya supaya Mirza tak suruh minum air kuat lagi.


Maassalamah



Thursday, 10 May 2012

PENGADUAN KEPADA TUHAN


PENGADUAN KEPADA TUHAN


Saya suka lirik lagu ini. Seingat saya lagu ini berkumandang di zaman saya di sekolah rendah....liriknya sangat terkesan...Dulu masa zaman budak-budak, saya suka-suka sahaja menyanyikan lagu ini. Tapi sekarang apabila liriknya dihayati....sangat-sangat terkesan...sedih mengenangkan anak-anak didik sekarang...takut memikirkan anak-anak sendiri....
wallah hualam







http://www.youtube.com/watch?v=w8M0ClGcm0Q

Maassalamah...

Tuesday, 17 April 2012

SURAT YANG TERSIRAT

Mengambil masa yang agak lama untuk saya memikirkan perlukah saya menulis dalam entri ini kisah ini. Akhirnya saya biarkan tangan saya terus menaip...

300312
Saya menerima arahan menghadiri kursus di PPD, PD. Tiada surat hanya panggilan telefon.

020412
Saya menunggu surat sehingga jam 4.00ptg tapi takde apa-apa. Saya diminta untuk menghadiri kursus tersebut 3,4 dan 5 April.

030412
Tepat jam 8.05pg saya tiba di PPD,PD di Kg Gelam, sekali pakcik tu (mungkin pekerja di situ) cakap PPD dah pindah ke Lukut. Saya terus pecut kereta ke sana memandangkan sudah lewat. Tepat 8.30pg saya tiba. Peserta kursus sedang makan. Saya mendaftar, amik tempat (belakang sebab lewat) dan makan. Slot pertama bermula jam 9.00pg.
Mukaddimah pihak PPD.
PPD: Siapa guru selain guru Ting 1?
Saya dan 2 orang lagi guru angkat tangan.
PPD: Cikgu, kami dah arahkan supaya hanya guru ting 1 sahaja yang menghadiri kursus.Ini berdasarkan mesyurat yang kami adakan.....selama 3 minggu ini guru ting 1 sahaja ....bla...bla...(saya sudah bengang....seolah2 ingkar perintah)
Saya maklumkan kepada JU, sekolah saya tidak dapat surat dan minta pihak JU usahakan. Sebab kursus ini tidak melibatkan saya sorang tapi guru-guru yang lain juga.
Habis kursus jam 4 petang  saya terus ke sekolah untuk mengambil keperluan kursus yang ada dalam surat (pinjam surat orang). Sampai pejabat, kerani maklumkan surat baru dapat. Terus jumpa Tn Hj untuk tulis nama pada surat.

040412
Tepat jam 8pg saya tiba. Wakil PPD PD bercakap.
PPD: Sekolah mana yang tidak dapat surat?
Saya diam sebab semalam surat dah dapat. Tapi rasa tak sedap hati sebab sorang pun tak ada yang angkat tangan. Semalam dah minta bantuan JU untuk dapatkan surat....saya terus angkat tangan.
Saya: Saya en. Tapi surat dah sampai ke sekolah petang semalam.
PPD: Sekolah mana tu?
Saya: SMK Kompleks KLIA
PPD: Cikgu....cikgu jangan ingat surat yang dihantar atas nama cikgu sorang.Itu surat untuk semua guru ting 1 yang terlibat seperti dalam lampiran.
Saya angkat tangan terus bangun.
Saya: Maaf en, surat memang kami tak dapat...sehingga petang semalam habis kurus saya terus ke sekolah, kerani cakap surat baru je dapat.
PPD: Kalau dah tahu surat tak dapat sepatutnya ....bla....bla.....cikgu...bla...bla.....kami boleh faks.email...bla...bla...sekarang bukan zaman....bla...bla....
BENg!!! saya rasa satu tamparan yang sangat hebat...PANAS telinga dengar...kenapa saya perlu dimalukan dikhalayak ramai...sedangkan perkara ini bukan salah saya...sudahlah saya pun bukan sepatutnya yang dihantar (2 guru sek lain tu hari ke 2 diganti dgn guru ting 1 dan KP)...habis taklimat PPD, minum pagi..saya amik masa untuk minum...ambil masa untuk mengelap mata yang berkaca, menyejukkan telinga yang panas...hampir 15 minit baru saya keluar minum..

050412
Bengkel seperti biasa. Saya sudah merancang jam 4 balik terus ke Bagan Pinang untuk menziarah nenek saudara yang meninggal dunia jam 2pg. Sedang berbengkel lebih kurang jam 2.30ptg, nama saya diumumkan oleh pihak PPD...terkesima...dalam hati geram bertanya lagi, apa kes lagi yang aku buat ni???...saya membontoti beliau.....Rupa-rupanya adik saya Shahrul datang nak jumpa...

Itulah SURAT....memang sangat tersirat..
Sedikit tetapi sangat signifikan

MAASALAMAH






Wednesday, 21 March 2012

ALHAMDULILLAH...


Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Saya rasakan itulah perkataan terbaik yang dapat saya ungkapkan. Alhamdulillah dan tahniah kepada X-SMKKKLIA 20111 dan guru-guru dengan pencapaian SPM 2011. 

Sempat saya berpesan melalui sms kepada mereka, jangan lupa solat sunat syukur sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya. Alhamdulillah, perasaan syukur yang tidak terkata dengan sedaya mungkin saya lakukan sebanyak mungkin solat sunat syukur. Subhanallah, bukan niat untuk menunjuk tetapi perasaan syukur yang tidak dapat saya luahkan dengan kata. 

Paling mudah sujud syukur…selepas selesai solat fardhu, niat terus sahaja sujud syukur …Peringatan ini buat diri juga, marilah kita banyakkan bersyukur…terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Rasulullah saw sentiasa menghidupkan malam dengan ibadah dan solat sehingga bengkak-bengkak kaki Baginda. Keadaan ini pernah terlintas di hati saya semasa berada di Madinah.

Kisahnya, pada malam ke 4 di Madinah saya secara tidak sengaja (rezeki) dijemput oleh Prof Kamil ke rumahnya di Jabal Uhud. Memang antara kenangan manis saya berada di kota Madinah. Sebelum kami dijamu, Prof Kamil menyampaikan sedikit tazkirah lantas bertanya kepada Shazli hubby, “Berapa kalikah sepanjang 32 tahun....haji hidup, solat sunat syukur?” terkedu juga saya lihat Shazli hubby ingin menjawab. Lalu beliau menceritakan perihal Rasulullah tersebut.

Terus terlintas di hati saya, “Bagaimanakah agaknya sakit bengkak kaki Baginda sebab solat syukur?”. Boleh dikatakan saya mengamalkan solat sunat syukur setiap kali solat fardhu ataupun setelah selesai setiap ibadah haji yang kami lakukan. Subhanallah, memang Allah nak tunjukkan pada saya. Sejurus selepas bangun dari tidur keesokan harinya untuk saya solat subuh di Masjid Nabawi saya rasa sakit atas pada tumit kaki iaitu selari dengan buku lali. Pelik juga, saya tak jatuh mahupun terkehel…saya teruskan aktiviti seperti biasa. Keadaan sakit hanya terasa apabila solat. Macam-macam saya buat, sapu yoko-yoko dan basahkan kaki dengan air zam-zam. Tidak berkesan. Tak lama kemudin terlintas di hati saya, adakah ini yang ingin Allah tunjukkan pada saya. Subhanallah…lantas saya berwuduk, solat sunat taubat, solat sunat syukur dan berdoa Allah mohon keampunan. Alhamdulillah…hilang terus kesakitan. Subhanallah, mungkin juga ada maksud lain yang tersirat.

Berbalik kepada kisah keputusan SPM tadi, debaran yang saya rasakan tahun ini sangat berbeza dengan debaran-debaran tahun sebelum-sebelum ini. Ini mungkin disebabkan:
  • -          Kali pertama menjadi guru ting 5
  • -          Follow pelajar 5W…boleh dikatakan 5W produk saya sepanjang mereka di peringkat men atas
  • -          Sangat-sangat mencabar dan menguji keimanan mengajar 5W
  • -          Saya terpaksa meninggalkan anak-anak murid saya saat-saat genting mereka nak pekse       
  • -          2011 tahun KESIBUKAN dengan tugasan lain – kajian tindakan, guru ting 5, ketua pentaksir sekolah dan di masa yang sama saya perlu membuat persiapan diri fizikal, mental dan rohani untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5
Sesungguhnya saya berpegang pada kata-kata DOA ADALAH SENJATA ORANG-ORANG MUKMIN….alhamdulillah doa saya dimakbulkan Allah. Bukan sahaja doa saya khas kepada 5 orang anak-anak saya di 5W, malah titipan doa rakan-rakan juga…Alhamdulillah dimakbulkan Allah. Di mana sahaja tempat yang dikatakan makbul untuk berdoa, sentiasa saya berdoa…di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Hijir Ismail, Raudhah dan banyak lagi… Tetapi ingin saya kongsi bersama catatan daripada blog Prof Kamil :


“namun jangan lupa beberapa perkara, pertama, doa ibu bapa sangat mustajab. Tidak kira ibu bapa berada di Madinah, Mekah atau Shah Alam, ibu tetap ibu. Ayah tetap ayah.
Ia tidak merujuk kepada tempat atau lokasi. Mustajab itu Allah anugerahkan kepada setiap individu. Gunakanlah peluang itu sepenuhnya.
Ia tidak bermodal.
Kedua, doa mereka yang berpuasa dikatakan sangat mustajab. Ia juga tidak bergantung kepada lokasi, Ia bergantung kepada amalan. Berpuasalah. Ia mempunyai banyak kelebihan.
Jangan pula kita beria-ia mencari orang berpuasa untuk mendoakan bagi pihak kita. Doa itu merupakan satu ibadat yang sangat menarik sifatnya.
Ketiga, bangunlah 1/3 hujung malam yang tersisa. Allah berjanji akan memakbulkan doa, ampunkan dosa mereka yang bertaubat dan memberi apa yang diminta pada ketika ini."

 
Insyallah, mulai hari ni sama-sama kita sentiasa bersyukur kepadaNya dengan apa cara sekalipun.

Maasalamah

Monday, 12 March 2012

Tutik Uwan, Bocek Mama

Hampir seminggu niyaz di rumah omak, dikuarantin akibat virus HFMD...di Pilah
Saya pun tak faham kenapa ada desas desus mengatakan saya merintih kerana tiada yang membantu menjaga Niyaz. Spekulasi @ tafsiran @ intepretasi @ tuduhan negetif? Pertanyaan tak berjawab?? rasanya tidak semua pertanyaan saya jawap...kerana ayat yang sedikit tetapi agak signifikan...sekian lama tak update status, beginilah pula signifikannya. Tepuk dahi, muhasabah semula. Yang pasti saya berpegang kepada kata-kata kakak saya.."HIDUP... KALAU TAK MEMBANTU...JANGAN MENYUSAHKAN ORANG."
Astagfirullah...hambaMu mohon keampunan dan perlindunganMu Ya Allah.
NOKTAH.

Kembali ke topik utama. Sebelum saya telefon omak, plan saya dan shazli hubby untuk menjaga niyaz secara bergilir. Tapi niyaz memang Tutik uwan...dalam seminit saya dileter..bla...bla..bla....hujung ayat omak cakap, "Bawak tutik tu balik kg, kang berjangkit plak kek kakak dengan ujang.". Malam isnin itu jugak saya dan shazli hubby balik ke Pilah dan jam 4pg kami pulang ke Nilai. Tutik adalah nama manja uwan untuk Adik Niyaz...bukan bermaksud Niyaz sorang yang menjadi bocek uwan,tapi semua cucu (20 cucu) adalah bocek uwan&atuk..Istilah BOCEK yang saya faham ialah kesayangan..saya tak pasti pula maksud tersirat lain. Omak & adik Niyaz jadi lagi 'bocek' sejak sepeninggalan saya ke Tanah Suci. 2 bulan juga anak-anak saya dijaga oleh omak sepenuhnya...dibantu secara bergilir oleh mak su, ibu, ummi, mak ngah (semua ibu saudara Niyaz) & onyen.Selepas pulang dari Tanah Suci, adik Niyaz kembali jadi bocek mama, tapi tetap Tutik uwan...sebelum tidur uwan cium baju Tutik...Rindu kek Tutik.Sekarang omak dah bela arnab. Arnab tu omak bagi nama Tutik.....

Walaupun Niyaz tutik uwan, dia tetap bocek mama. Tak bermaksud kakak & bangah mama tak sayang...mungkin niyaz yang kecil, banyak keletah...tumpuan lebih pada ADIK NIYAZ. Omak cerita, siang tak jadi masalah..Niyaz happy join aktiviti uwan&atuk...malam agak kesulitan. 2 malam pertama Niyaz menangis, sakit dalam mulut. Ulser tumbuh merata dan menebal di lidah..tak mampu menelan susu.Masuk malam berikutnya, menangis ingat kat mama. Omak cakap, meleleh air mata Niyaz sampai ke telinga...mulut panggil MAMA...
Control sebak saya dengar cerita omak.

Kerinduan mama, ayah, kakak Dafinah dan Bangah Mirza sepanjang Adik Niyaz tak ada, menguatkan lagi aura rindu adik Niyaz.....segala aktiviti mesti terselit nama adik Niyaz

Mama: Kalau adik niyaz ada mesti .....
Ayah: Kalau adik Niyaz ada, ayah balik kerja mesti ....
Kakak: Adik Niyaz kan mesti ....
Bangah Mirza: Adik Niyaz rindu kat bangah tak?? 

Realitinya....ADIK NIYAZ BOCEK MAMA, AYAH, KAKAK DAFINAH & BANGAH MIRZA

NIYAZ BIN SHAZLI HASBI


Maasalamah